Sesebuah masjid mempunyai reka bentuk yang hampir sama iaitu menara masjid, kubah masjid, tempat ibadah dan tempat berwuduk. Secara umumnya, masjid dikenali sebagai tempat suci,tempat ibadat ataupun rumah Allah. Selain itu, masjid juga merujuk kepada tempat atau rumah seseorang yang medirikan solat fardu dimana dia tidak dapat menunaikan solat fardu di masjid secara berjemaaah. Masjid bukan sahaja merupakan tempat kita menunaikan solat fardu secara berjemaah akan tetapi masjid mempunyai banyak fungsi dan perananan. Antara fungsi masjid ialah tempat ibadah bagi umat islam, tempat mencari ilmu, pusat kegiatan masyarakat, pusat runding cara dan pusat syura umat islam. Manakala peranan masjid pula ialah mengerak dan menjalankan semua aktiviti keagamaan.Pada masa yang sama,masjid juga menjalakan daya usaha untuk mengekal,mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat islam serta melahirkan masyarakat yang bertaqwa kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment