Pada setiap hari raya korban, pihak Masjid ar Rahimiah mengadakan aktiviti korban di sekitar kawasan majid. Menurut pihak pengurusan masjid, sesiapa penduduk setempat yang ingin melakukan korban, boleh memberi nama dan menyertakan wang tunai kepada pihak masjid dan pihak pengurusan masjid akan menguruskan yang selebihnya. Aktiviti korban ini biasa diadakan selepas solat aidil adha di masjid ar Rahimiah.
2. Kuliah agama, ceramah, dan tazkirah.
Masjid ar Rahimiah sering membuat caremah ceramah agama. Gambar di atas menunjukkan jadual ceramah agama dan kelas kelas agama yang dilakukan di masjid ar Rahimiah. kebanyakan kuliah kuliah agama dijalankan selepas solat maghrib dan selepas subuh. Dengan adanya majlis majlis ilmu sebegini, masyarakat muslim di sekitar Klang akan beramai ramai membanjiri masjid ini untuk menuntut ilmu.
3. Aktiviti kejohanan futsal.
Biro pemuda dan kelab rakan masjid ar Rahimiah telah mengadakan satu kejohanan futsal 5 sebelah. Kejohanan ini terbuka kepada semua kaum tapi sekurang kurangnya 2 orang yg beragama islam dalam satu pasukan.Yuran pendaftaran juga tidak laa berapa mahal. Aktiviti ini dijalankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam pada itu juga, dapat mengeratkan hubungan sillaturahim antara kaum.
4. Mengadakan latihan silat.
Kelab Rakan Muda Masjid ar Rahimiah Klang mengadakan latihan silat pada setiap hari sabtu malam ahad selepas solat isyak. Latihan ini hanya terbuka kepada ahli kelab yang berumur 6 hingga 35 tahun. Semua ahli ditetapkan supaya datang awal ke masjid untuk menunaikan solat isyak berjemaah di masjid sebelum melakukan latihan. Latihan silat ini diadakan di ruang lobi masjid yang dipimpin oleh ahli persatuan. Yuran kemasukan juga amat berpatutan.
Aktiviti-aktiviti sampingan dan seringkali diadakan :
- mengadakan bacaan Yassin pada setiap malam jumaat
- mengadakan usrah
- aktiviti gotong royong membersihkan masjid
- menyebarkan dakwah rumah ke rumah
- Qiamullail
- memberi khidmat kaunseling



No comments:
Post a Comment